Thursday, July 28, 2011

cheese cake i've baked

dedicated this entry to my kambeng and popcik joe..
this easy peasy oreo cheese cake only involved into 2 steps..

ingredients needs for step num 1 :
200gm of oreo biscuits
50gm melted butter
 buang sume krim kat tengah2 beskut ni
 crumbled all the oreo's using mini mixer..kene make sure sume hancur macam debu tau..kalau tak, nnt time nak potong kek ni, susah
bila dah hancur, masukkan butter tadi, mixed together sampai sebati..adunan akan jadi sedikit berkilat
 now, tekan2 adunan kat atas ni tadi dalam loyang..kalau nak senang, alas dulu dengan kertas minyak ni..(boleh beli kat tipoh, 80sen boleh guna 23 kali)..masukkan dalam oven yang dah dipanaskan dalam 2-3 minit..bakar dalam suhu 160 darjah, 15 minit..jangan lama2 dikhuatiri hangus keh keh


Step num 2
Ingredients needs :
500gm cheese cream (i'm using Philadelphia Cream Cheese)
120gm Castor Sugar
1 penutup (sebab sukat pakai penutup botol je) vanilla essence
2 biji telo (guna yang gred B aje..note to pokcik Joe..kalau guna gred A, sebijik dah cukup)
150ml of whipping cream
beberapa keping biskut oreo (dibuang krimnye..saya guna 12 keping) dipatah 4 setiap satu

*note : step number 2 ni dah boleh buat sementara tunggu step num 1 dibakar


                           
 masukkan krim cheese dulu, diikuti dengan gula, esen vanila, 2 biji telo masukkan one by one, whipping cream...lepas sume dah sebati, baru la masukkan oreo yang dah dipatahkan tadi..kat atas ialah contoh adunan yang dah siap
 ok..sekarang step num 1 tadi dah masak, jadi tuangkan aje step num 2 kat atas beliau..
 dah siap..hentak2 sikit loyang ni (jangan kuat2 tau)..bakar pada suhu 160 darjah, 45-50 minit..saya bakar ngam2 45 minit aje, api oven guna atas bawah
 lepas dah masak, biar mereka rilek sekejap dalam oven ni dalam 1 jam, baru kuarkan..pastu trus je masuk dalam peti sejuk (jangan letak kat bahagian beku pulak..adoi...paham kan setakat ni)
 bila dah masuk peti ais dalam 4-5 jam..ni la hasilnya..bukan saja cantik..malah sedap juga..=)
segala alatan yang dah digunakan tadi, jangan lupa dibasuh ye..selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment