Wednesday, October 12, 2011

teman susah....dan senang

Tidak tahu bagaimana ingin bermula..but mind you, this entry would be the longest ever, written by me..

saya mengenali d in somewhere around 2005.hujung tahun 2005.berkenalan secara tidak sengaja, kemudian terjatuh hati, kemudian berkasih, bertunang, berkahwin dan kini sedang melayari dunia kehidupan berumahtangga....berdua

perkenalan yang pada mulakan tidak disengajakan itu, telah membawa kepada janji untuk berjumpa (1st date)..tempatnya tidaklah romantic, hanya makan2 di restoran kelisa kajang, teman d isi minyak kereta, makan aiskrim di 7e tempat d berkerja, dan kemudian d hantar saya ke ukm..on the very 1st date itu, d sudah bilang dia datang dari keluarga yang susah..perlu berkerja untuk bayar yuran pengajian sendiri di uniten (diploma in electrical engineering)..sungguh dalam hati saya, terbit rasa kagum pada lelaki ini...bekerja pada shift malam sehingga pukul 7pagi, kemudian balik rumah dan bergegas utk ke kelas pada jam 8pagi..balik kelas petang, rehat sekejap, malam sambung kerja di 7e..that was obviously his routine..

sepertimana pasangan remaja lain yang hangat bercinta pada ketika itu, yang masing-masing berebut memilih tarikh utk declare, kami juga begitu..01012006 ialah tarikh kami mengikat janji sebagai kekasih..tarikh kami mengikat janji untuk bersama-sama mengharungi susah dan senang, tarikh kami berjanji untuk serius di dalam hubungan yang akan bermula di detik itu..

dan dia benar-benar mengotakan janjinya..dia yang tidak kisah bermotor supaya saya dapat menaiki kereta nya ke tempat kerja..pada masa itu, saya hanya punya sebuah skuter karisma JHU 8761..manakala dia pula punya sebuah kereta kancil lama berwarna merah, JEJ8152..saya masih ingat saat pertama saya jejakkan kaki ke dalam kereta itu..kekabu dari kusyen sudah banyak yang tertanggal, lompong sana sini..kereta itu juga tidak punya penghawa dingin, maka perlu buka tingkap sepanjang masa supaya tidak lemas...saya pada ketika itu berkerja sebagai Assistant Operation Management di Ni Shin Corporation, Balakong..manakala dia pula di Puchong...

 gaji kami pada ketika itu hanya cukup-cukup makan sahaja..(kadang makan pun tidak cukup)..manakan sewa rumah, manakan minyak kereta..penah satu ketika, kami cuma ada rm5..rm5 utk dinikmati oleh 2 orang yang sedang kelaparan setelah seharian menahan lapar di tempat kerja..yang termampu hanyalah sebungkus nasi kosong di mamak, dimakan bersama setin tuna mayonis..
berkat hasil kami berjimat itu, dengan wang yang dikumpul (tambah dengan sedikit bantuan dari sang ayah), maka kami memutuskan supaya saya membeli sebuah kereta baru..kelisa ezi WQB4487..warna silver..

tidak lama kemudian, saya mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik di Celcom, Jalan Semarak...dia pula berpindah kerja di Subang..hubungan yang terbina semakin erat..erat dan tidak dapat dipisahkan lagi..saya di KL dan dia di Kajang, kami berjumpa setiap hari, walau hanya untuk menikmati secawan kopi di kedai mamak berhampiran..dalam masa sibuk berkerja mencari nafkah, dia menyatakan hasrat untuk menyambung pelajaran..Degree in Electrical Engineering, UTM secara separuh masa..saya mendukung penuh hasrat murni itu..saya mahu dia berjaya di dalam kerjaya, mendapat pekerjaan yang lebih baik di masa hadapan, memperolehi kehidupan yang lebih selesa, sama seperti orang lain..

dia nampak pendiam, dia nampak pemalu

tetapi bila bersama saya, dia sangat kelakar..dia tidak suka bila saya mencelah di saat dia bercerita..jadi apa saja yang pelik, saya akan simpan supaya soalan itu boleh ditanya apabila ruangan pertanyaan dibuka, tetapi akhir sekali, saya memang lupa yang sesungguhnya lupa..
setahun berkerja di celcom, saya mencuba-cuba mengisi borang permohanan memasuki sektor awam..
dan sewaktu kerjaya di Celcom sudah mula menampakkan sinar, saya mendapat tawaran yang lebih baik pada ketika itu..memilih tawaran itu membuatkan jarak kami semakin jauh..saya di Tanjung Malim, Perak dan dia pula masih di Kajang..

dia yang saya kenali masih sama seperti dulu..
dia yang tidak kisah menaiki bas setiap minggu untuk melawat saya di Tg Malim
dia yang tidak kisah walau hanya makan nasi berlaukkan kerepek pisang
semata mata supaya duit yang ada dapat digunakan untuk makan bersama saya di kedai yang lebih
 enak (*saya nangis*)
dia yang tidak kisah walau punya hanya sehelai seluar jin, supaya dapat membelikan saya lebih banyak tudung yang berwarna warni utk disuai padankan..

setahun pengajian saya di Tanjung Malim hampir tamat..di penghujung 2008, saya berpindah ke Rompin, rumah keluarga sementara menunggu masa mendapat penempatan..
dia masih di Kajang..tetapi kereta kancil JEJ8152 sudah berganti rupa...penggantinya ialah ini..Gen2 1.6 Campro JLG9452..dia hanya memandu kereta itu selama 2 minggu..kemudian kereta itu diserahkan kepada saya..

dia bilang saya lebih layak memandu kereta itu berbanding kelisa
dia bilang juga, dia lebih suka bersederhana daripada nampak berlebih-lebihan
pengajian dia di UTM berjalan seperti biasa..bila saya tanya yuran sudah dibayar atau belum, dia bilang sudah..bila saya menyatakan hasrat mahu membantu, dia bilang tidak perlu..dalam masa yang sama, dia membuat kerja sambilan di malam hari..sesuatu yang saya sangat tidak sangka..dia mengutip tin2 dan besi buruk untuk dijual di kedai besi buruk, supaya dia dapat sedikit wang buat
menampung perbelanjaan..(*nangis lagi*)

dia yang masih tidak kisah bersusah asal tidak menyusahkan saya
dia yang mahu berdiri di kaki sendiri walau saya mampu untuk membantu
dia yang sangat saya kagumi semangatnya

tanggal 06062009, kami bertunang di dalam satu majlis yang sangat sederhana..
alhamdullilah
dia benar-benar mengotakan janjinya pada 01012006
untuk sentiasa bersama saya diwaktu susah dan senang
untuk menyunting saya sebagai suri hidupnya
perjanjian keluarga sudah dimeterai, wang hantaran rm10000 harus dicari..saya selalu bilang, saya akan bantu..tidak perlu bersusah payah sampai makan pun dicatu

tetapi dia tetap seperti dulu
tidak mudah mengambil kesempatan terhadap saya
walau hakikatnya saya mampu untuk membantu
dia yang lebih memilih untuk bersusah payah
sebagai bukti cinta yang dibuat pada 01012006

semakin lama, kehidupan semakin baik, dan semakin selesa..setelah membuat pertimbangan yang sewajarnya dari aspek kewangan, saya menyatakan hasrat mahu membeli sebuah kereta baru..dari kelisa, kami kini mempunyai ini..
 dia masih seperti dulu, tekun bekerja sehingga lewat malam, menghadiri kelas pada hujung minggu..dia perlu bayar kereta, dia perlu bayar yuran, dia perlu makan n minum, dan dia juga perlu mengumpul duit belanja hantaran perkahwinan kami..sedikitpun saya tidak membantu..bukan tidak mahu, tetapi dia yang menolak..katanya, dia ikhlas mahu menyunting saya sebagai suri..dia mahu menyediakan wang itu sendiri...

setelah hampir 2 tahun kami ditunangkan, tarikh pernikahan pula ditetapkan..07052011..dia memang tidak pernah memungkiri janji..bila dia bilang duit hantaran akan disediakan tanpa bantuan sesiapa, he meant it..*saya memang bangga dengan kamu sayang*
 tidak ada hari yang lebih bahagia dari hari itu
hari dia melafazkan janji taat dan setianya
dihadapan ayahanda dan bonda kami berdua
dihadapan tok kadi dan para saksi



dia yang sangat sabar
dia yang selalu tersenyum walau dalam hati penuh duka
dia yang tidak pernah sekalipun menyentuh saya dengan kasar
dia yang sentiasa ada saat saya susah
dan dia jugalah yang layak saya dampingi disaat senang
dia yang selalu setia
dia yang selalu jujur
dia yang sangat saya kasihi
dialah suami saya

bila hari ini kita senang, jangan dilupa waktu sulit
bila hari ini kita gembira, jangan pernah dilupa waktu berduka
sesungguhnya saya bersyukur dengan semua pengalaman yang dilalui bersama dia
dan semoga ikatan perkahwinan yang dibina, sentiasa dirahmati Allah S.W.T

terima kasih kerana sudi membaca, kamu!kamu! dan kamu juga!!!

2 comments:

  1. omg!! this entry buat me nanges juge!!! so shuwiiitttt lah kak!! betul-betul pengorbanan yg berbaloi!!! semoga berbahagia hingga ke akhir hayat!!! =)

    ReplyDelete
  2. sooOOooo sweet.. xsangke reza camtu.. beruntung ko malin.. semoga berkekalan & bahagia hingga hujung nyawa.. ^_^

    ReplyDelete